Friday, January 22, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER


NUR ARIFAH BT JELOMIN

194598


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku, mengambil subjek Penterjemahan Berbantukan Komputer yang dibimbing oleh Prof Dr. Normaliza. Mesti ramai kan yang tertanya-tanya, okey ke subjek ini? Mudah ke nak skor dalam final? Banyak ke tugasan yang Prof akan beri? Prof garang ke? Haaaa biasanya itulah antara persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran pelajar sebelum mendaftar subjek, kan? Hahahah ok, nanti aku cerita satu persatu.

Okey. Pada awal semester 7 haritu, mula-mula selepas aku mendaftar subjek ini memang aku ingatkan subjek ini sangat mudah untuk difahami dan mungkin tugasannya juga tidak sukar. Haaaa tetapi…. Tup tup .. Rupanya selepas 2 minggu aku belajar, ianya tak semudah yang aku jangkakan hahahaha. Apa yang boleh aku katakan subjek ini taklah susah tetapi ia sedikit rumit. Macam mana tu? Maksudnya, bagi aku laa subjek ini tak memerlukan kita memerah otak macam kau kira matematik tu, tetapi subjek ini hanya perlukan ketelitian, kesabaran dan fokus dalam melaksanakan dan menyiapkan tugasan mingguan tersebut.

Memang pada awalnya aku merasa sedikit tertekan dalam menyiapkan tugasan mingguan yang banyak tetapi masuk minggu ketiga, keempat dan seterusnya aku sudah dapat membiasakan diri dengan subjek ini. Tugasan yang diberikan oleh Prof ini juga semuanya berkaitan dengan soalan-soalan final nanti. Jadi nak tak nak aku kena buat sebaik mungkin. Berkenaan persoalan korang Prof garang ke tak?? Haaaaa ,,, jeng jeng jeng…. Jawapan aku ialah Prof ni macam mak kita. Garang dia bertempat tapi masih boleh bergurau dengan pelajar. Prof akan marah jika pelajar buat hal. Pelajar tak siapkan kerja yang diberi dan pelajar yang tak masuk kelas tanpa alasan yang kukuh. Perkara yang paling aku suka tentang Prof ni, walaupun kelas ini 3 jam tetapi Prof tak akan habiskan 3 jam kelas tersebut kerana Prof memahami pelajarnya yang menghadapi masalah internet yang terhad dek kerana belajar secara atas talian ini.

Tapi alhamdulillah pada masa yang sama aku gembira jugak laa dapat belajar sesuatu yang baru  daripada subjek ini. Contohnya, cara menerima arahan daripada client yang agak cerewet, cara membuat terjemahan menggunakan track changes, cara membuat blog yang berkualiti, dan yang paling banyak ialah cara menterjemah sesuatu teks tidak kira teks tersebut panjang ataupun pendek, dalam bentuk dialog ataupun dalam bentuk artikel, resepi dan sebagainya.

Selain itu, aku dapat banyak sangat pengalaman baru sepanjang aku belajar subjek ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Prof. Kalau sebelum ini kan aku taklah ambil berat sangat berkenaan font tulisan ke warna tulisan yang digunakan, tajuk tugasan, cara save file, cara subjek email dan lain-lain lagi. Tapii bila aku belajar daripada Prof ni kan aku mula sedar betapa pentingnya benda tu semua. Ianya seperti sesuatu yang baru bagi aku. Hihi walaupun aku dah nak habis belajar dah.

Jadi, kesimpulannya kat sini ialah aku sangat bersyukur dan gembira dapat habiskan subjek ini dengan baik walaupun bermacam ujian aku lalui sepanjang semesta ini. Jutaan terima kasih juga aku ucapkan kepada Prof Dr. Normaliza atas segala kesabaran dan tunjuk ajar beliau kepada kami semua. Semoga segala ilmu yang dicurahkan diberkati oleh Allah taala.





Bukti kehadiran Minggu 13



Dibawah ini merujuk kepada tugasan yang diberikan oleh Prof sepanjang mengikuti kursus ini:


💙Minggu 1💙

Minggu 1 Excel


💙Minggu 2💙

Minggu 2 Excel

Minggu 2 Cerita Sosial


💙Minggu 3💙

Minggu 3 Excel

Minggu 3 Puisi


💙Minggu 4💙

Minggu 4 Excel

Minggu 4 Alim

Minggu 4 Prakata & Bab 1


💙Minggu 5💙

Minggu 5 Excel

Minggu 5 Jadual Edited

Minggu 5 Jadual Clean


💙Minggu 6💙

Minggu 6 Prof di UK

Minggu 6 Ujaran Edited

Minggu 6 Ujaran Clean

Minggu 6 Tesis


💙Minggu 7💙

Minggu 7 Quotation

Minggu 7 Excel


💙Minggu 8💙

Minggu 8 Berita Awani

Minggu 8 Twitter

Minggu 8 Tesis


💙Minggu 9💙

Minggu 9 Quotation (2)

Minggu 9 Cerita Pendek

Minggu 9 Tesis Bab 1

Minggu 9 Wacana


💙Minggu 10💙

Minggu 10 Resipi (1)

Minggu 10 Resipi (2)

Minggu 10 Resipi (3)

Minggu 10 Resipi (4)

Minggu 10 Quotation (3) 

Minggu 10 Tesis Masihkah Kau Ingat?


💙Minggu 11💙

Minggu 11 Quotation (4)

Minggu 11 Huraian Tesis

Minggu 11 Asas Grafik

Minggu 11 Terjemahan Video (1)

Minggu 11 Terjemahan Video (2)

Minggu 11 Terjemahan Video (3)

Minggu 11 Terjemahan Video (4)

Minggu 11 Terjemahan Video (5)

Minggu 11 Terjemahan Video (6)

Minggu 11 Terjemahan Video (7)

Minggu 11 Terjemahan Video (8)

Minggu 11 Terjemahan Video (9)

Minggu 11 Terjemahan Video (10)

Minggu 11 Terjemahan Video (11)

Minggu 11 Terjemahan Video (12)

Minggu 11 Terjemahan Video (13)



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER NUR ARIFAH BT JELOMIN 194598 Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini aku nak berkongsi ...